Tempat Melancong Menarik di Seberang Takir

Seberang Takir adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di muara Sungai Terengganu dan sepanjang pesisir Laut China Selatan. Ianya cukup terkenal dengan aktiviti tangkapan ikan dan pembuatan keropok lekor. Jadi tidak hairanlah kawasan ini menjadi tumpuan di kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa yang mahu menikmati keindahan Terengganu.

Setiap daya tarikan yang terdapat di sini sangat sesuai menjadi tempat kunjungan keluarga untuk bercuti.

1. Pasar Payang

Kalau di Kelantan kita ada Pasar Besar Siti Khadijah, di Terengganu pula ada Pasar Payang. Pasar Payang ini merupakan bangunan dua tingkat yang sangat luas dan besar. Ia terkenal dengan pelbagai cenderamata dan barangan tempatan seperti keropok, snek, bahan masakan, rotan, keris, produk tembaga, batik Terengganu, songket, dan bermacam-macam lagi.

🚗 8 minit (4.9 km) dari Homestay 1 Tingkat · 11 minit (10.8 km) dari Homestay 2 Tingkat

2. Taman Tamadun Islam

Dikenali sebagai negeri dalam alam Melayu pertama yang bertapaknya ajaran Islam, tarikan Taman Tamadun Islam ini mempunyai makna yang tersendiri. Dengan seni bina bangunan ikonik Islamik di dunia anda boleh melihat dengan sendiri keunikan kesemua replika 21 monumen bangunan terkenal di dunia. Antaranya seperti Kota Lama Islam Aleppo, Kubah As Sakhrah, Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan juga bersebelahan dengan satu lagi bangunan ikonik iaitu Masjid Kristal.

🚗 16 minit (12.6 km) dari Homestay 1 Tingkat · 12 minit (8.8 km) dari Homestay 2 Tingkat

3. Muzium Negeri Terengganu (Muzium Losong)

Jika singgah di Terengganu tidak sah jika anda tidak berkunjung ke Muzium Negeri. Kompleks muzium ini direkodkan sebagai yang terbesar di Asia Tenggara dengan menempatkan empat blok utama selain mempunyai muzium maritim dan lima rumah tradisional. Galeri yang mempamerkan tekstil, teknik anyaman, senjata tradisional, perkembangan petroleum, dan seni Islam juga turut ada di sini.

🚗 13 minit (10.7 km) dari Homestay 1 Tingkat · 9 minit (7.4 km) dari Homestay 2 Tingkat

4. Pusat Sains Kreativiti

Pusat Sains Kreativiti adalah pusat sains terbesar di Malaysia dengan menawarkan 10 buah galeri sains untuk diterokai dengan tema Sains: Warisan Kesenian dan Kebudayaan. Antara galeri pameran yang menjadi tarikan adalah Galeri i-Wonder, Spark Your Creativity (memberi penekanan tentang konsep kitar semula untuk gaya hidup kreatif dan mesra alam), Galeri Bencana Alam, Galeri Dinosaur Encounter, Galeri Dunia Galaksi dan Galeri Dome Show.

5. Pantai Batu Buruk

Pantai Batu Buruk atau Batu Burok mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Kawasan pantai berpasir putih ini dihiasi cukup indah dengan kehadiran pokok-pokok rhu yang tumbuh di sekitarnya. Kalau bernasib baik, anda boleh menikmati panorama pemandangan terus ke Pulau Kapas dan Pulau Redang yang cukup mempersonakan.

🚗 11 minit (8.0 km) dari Homestay 1 Tingkat · 11 minit (12.1 km) dari Homestay 2 Tingkat

6. River Cruise TTI

Bagi anda yang ingin melihat suasana bandar Kuala Terengganu dari sungai, River Cruise TTI adalah pilihan yang tepat. Anda akan dibawa menyusuri Sungai Terengganu sambil melihat mercu tanda di negeri Terengganu seperti Masjid Kristal, Jambatan Sultan Mahmud, dan sebagainya.

🚗 16 minit (12.6 km) dari Homestay 1 Tingkat · 12 minit (8.8 km) dari Homestay 2 Tingkat

Bot bertolak dari Taman Tamadun Islam, jadi jarak memandu adalah sama.

Menarik bukan? Tidak cukup sehari berjalan mengelilingi tempat-tempat menarik di Seberang Takir. Akan lebih menarik jika anda dapat menginap beberapa malam di sini untuk menikmati keindahan panorama ini bersama keluarga.

Di mana nak menginap?

Kami ada dua rumah penuh di Kuala Terengganu. Kedua-duanya berdekatan dengan tempat-tempat di atas, dan anda menyewa seluruh rumah, bukan bilik.

Rombongan besar boleh tempah kedua-dua rumah sekali. Sepuluh minit memandu antara satu sama lain, dan muat sehingga 26 orang. Lihat pilihan homestay.

📞 Tempahan homestay, hubungi Kak Aini:

Satisfaction guarantee, premium quality, secure checkout