Homestay Mesra Bajet & Murah di Kuala Terengganu

Kuala Terengganu, adalah sebuah bandar yang indah terletak di pantai timur Malaysia. Ia terkenal dengan pantai yang menakjubkan, kaya dengan budaya, dan makanan tradisi yang beraneka serta lazat. Ini adalah destinasi pelancongan yang mempunyai gabungan sempurna budaya dan tradisi Malaysia. Jika anda belum pernah lagi menjejakkan kaki ke Terengganu, misi mengelilingi seluruh pelosok Malaysia pasti belum selesai!

Jika ada perkataan yang boleh merumuskan negeri Terengganu, ia adalah “warisan”. Ke mana sahaja anda pergi, anda akan melihat perayaan dan pemeliharaan akar Cina dan Melayunya dalam pelbagai bentuk. Daripada amalan literal ke seni bina kepada gastronomi.

Bersiar-siar di jalan ibu kotanya Kuala Terengganu dan lawati Chinatown, anda akan dapat menemui tarikan seperti Rumah Warisan Teck Soon, Kuil Buddha Ho Ann Kiong dan Pusat Penjaja. Di Pasar Sentral, mata anda pula akan disajikan dengan hidangan tempatan dan busana warisan yang cantik.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Islam, anda boleh melawat Taman Tamadun Islam yang menempatkan Masjid Kristal dan replika tapak Islam terpenting di dunia. Khazanah alam juga boleh ditemui berhampiran, seperti Tasik Kenyir buatan manusia, Pulau Rendang, Bukit Keluang dan banyak lagi gua lautnya.

Dengan segala tarikan tadi, memang tidak cukup sehari untuk menghabiskan pengembaraan anda di Kuala Terengganu. Jadi menginap atau bermalam di sana adalah solusi yang terbaik.

Dekat Mana Homestay Bajet?

Untuk mencari hotel atau homestay di bandar ini bukanlah menjadi satu masalah kerana terdapat pelbagai jenis penginapan untuk dipilih oleh pelancong. Sama ada hotel, resort, homestay, chalet, rumah percutian atau asrama.

Tetapi yang menawarkan pakej-pakej mesra bajet, pasti hanya ada di Grandmaa Homestay. Grandmaa Homestay adalah homestay mesra bajet yang terbaik, dengan harga terendah dan termurah yang ada untuk percutian keluarga anda.

Menginap di homestay bajet tidak bermakna berkompromi dengan keselesaan atau kualiti. Malah Grandmaa Homestay komited menawarkan kemudahan dan perkhidmatan terbaik yang menjadikan penginapan anda menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan.

Homestay Mesra Keluarga

Sama ada anda mengembara bersama bayi, kanak-kanak atau rakan, kami boleh memenuhi keperluan anda. Homestay ini direka bentuk untuk menyediakan keluarga dengan persekitaran yang selamat dan selesa. Bahkan ia turut menawarkan perkhidmatan istimewa seperti percuma breakfast dan pilihan tempat makan mesra keluarga.

Dengan tawaran awal tahun dan potongan yang sangat menguntungkan, anda boleh menempah penginapan dengan harga sangat berpatutan di Grandmaa Homestay.

Lokasi Homestay Dekat

Grandmaa Homestay adalah sebuah rumah teres satu tingkat yang terletak di Sebarang Takir, Kuala Terengganu. Ia terletak 1.6 km dari Pusat Bandar Kuala Terengganu, 5.8 km dari Chinatown, 8.3 km dari Pusat Kebudayaan Kraf Tangan Terengganu, 10 minit dari Stadium Gong Badak, 15 minit dari pusat Bandar Kuala Terengganu, 10 minit dari Pantai Teluk Ketapang, 10 minit dari Pantai Batu Buruk dan 10 minit juga dari Jeti Shahbandar ke Pulau Redang.

Peluang ini sangat menguntungkan kepada anda yang memang fokus untuk bercuti dan mengembara menikmati keindahan bandar Terengganu bersama yang tersayang.

Harga Bajet Fasiliti Premium

Dengan harga yang anda bayar, anda boleh menikmati fasiliti dengan tiga bilik tidur dalam pelbagai konfigurasi bermula dari katil queen sehingga katil single, dua bilik air di dalam dan luar bilik, ruangan yang barhawa dingin serta luas untuk seisi keluarga meluangkan masa bersama, perabot serba lengkap, dan bebas rokok.

Kemudahan lain yang ada termasuklah seperti ruang tamu kontemporari dengan sofa empuk dan televisyen skrin rata, dapur berkabinet yang serba lengkap, pembuat kopi, peti sejuk, dan ruang makan yang luas untuk 6 orang duduk serentak.

Tuan rumah pun cukup ramah dan banyak membantu memberikan layanan yang baik, merespon dengan cepat kepada semua pertanyaan dan keperluan tetamu.

Senang kata, menginap di Grandmaa Homestay, memang terasa macam tinggal dalam rumah sendirilah! Jadi apa tunggu lagi? Jom tempah penginapan anda di Grandmaa Homestay hari ini dan mula cipta kenangan bersama yang akan kekal seumur hidup!

📞 Tempahan homestay, hubungi Kak Aini:

cara pembayaran homestay kuala terengganu
cara pembayaran homestay kuala terengganu